Saturday, February 23, 2008

Titiwangsa: tidak menjatuhkan maruah antara satu sama lain

Walaupun berbeza fahaman politik, namun kedua-dua calon yang bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Titiwangsa bersetuju bertanding secara positif dan tidak menjatuhkan maruah antara satu sama lain.

Calon Pas Dr Lo'Lo Mohamad Ghazali, 51, dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir, 54, berkata mereka akan berkempen secara profesional dan akan meminta penyokong parti masing-masing supaya mengambil tindakan yang sama.

Aziz yang merupakan Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru berkata sekiranya menang, beliau akan meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu bagi mengekalkan kestabilan ekonomi dan sosial penduduk di Titiwangsa terutamanya di Kampung Baru.

Dr Lo' Lo, yang yakin dapat diterima pengundi yang mahukan perubahan, berkata dia lama tinggal di kawasan ini dan mengetahui permasalahan masyarakat setempat terutamanya mengenai isu keselamatan, sosial dan kesihatan.

No comments: