Sunday, February 24, 2008

Mukhriz bertanding di P005 Jerlun


Exco Pemuda UMNO Malaysia Dato' Mukhriz Mahathir berhadapan dengan AJK PAS Pusat Idris Ahmad bagi kerusi Parlimen P005 Jerlun, Kedah pada Pilihanraya Umum ke 12, 8 Mac 2008 ini.

Kedua-dua calon mengemukan kertas pencalonan mereka di SMK Air Hitam, Jerlun pagi tadi dan diumumkan sebagai calon oleh Pengurus Pusat Pilihanraya selepas waktu bantahan 11.00 pagi tamat.

Dato' Mukhriz ditemani ayahnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Ketua Bahagian UMNO Jerlun Dato' Abdul Rahman Ariffin, Ketua Wanita UMNO Jerlun Dato' Maznah Hamid dan lebih 3,000 penyokong, termasuk pemimpin parti komponen BN dan UMNO Jerlun.

Dato' Mukhriz akan memulakan kempenya di Pejabat Kemas, Alor Biak, Jerlun 3.00 petang tadi.

No comments: