Sunday, July 29, 2007

Demokrasi kita cuba digugat BA: Anwar dedahkan dia akan menjemput campurtangan asing.

Dato Seri Anwar ibrahim dalam ceramah konvensyen BERSIH di Dewan Perhimpunan Cina, Selangor pada 20 Julai menyebut bahawa beliau sedang berusaha berunding dengan Jimmy Carter (bekas Presiden Amerika Syarikat) untuk membawa Carter Center memantau Pilihan Raya Umum di Malaysia.

Anwar berkata pada bulan lepas beliau telah dijemput oleh duta-duta asing untuk membentangkan bukti-bukti tentang kepincangan pilihan raya di Malaysia. Beliau telah serahkan satu dokumen lengkap mengenai bukti-bukti penyelewengan Malaysia kepada setiap duta asing itu.

Anwar juga menyebut beliau akan menggunakan semua media antarabangsa termasuk Al-Jaazera, BBC, CNN dan Bloomberg bagi mendedahkan kepincangan demokrasi di Malaysia.

Program itu yang dianjurkan oleh BERSIH diketuai Syed Shahril (MTUC) dengan kerjasama DAP, PAS dan PKR. Turut berucap Lim Guan Eng (DAP), Haji Hadi Awang (PAS) dan Dato Seri Anwar Ibrahim (PKR). Pengerusi Majlis ialah Mohmamad Sabu (PAS).

1 comment:

  1. Pak Syeikh kita ni dah x mampu nak menangani ke situasi yang berlaku di Malaysia ke sampai sanggup menjemput 'PENCERAMAH dan PEMERHATI' dari luar? Macam mana nak jaga Malaysia kalau macam tu?

    ReplyDelete