Friday, August 17, 2007

Raja Petra: Kalau kata Melayu bodoh, marah. Tapi kalau dah bodoh apa nak kata lagi? Bodoh tetap bodoh.

Terjemahan artikel Raja Petra Kamaruddin di Malaysia-Today, 17 Ogos, 2007
Dipetik dari blog PubliusMelayu


Walaupun kepala berasa begitu berat, aku terpaksa mengagahi untuk bangun pada pagi Rabu. Kepala berat bukananya disebabkan aku berfoya-foya minum-minum di malam sebelum nya. Aku masuk tidur pada malam Selasa dengan batuk dan lelah dan aku dah agak yang keesokan harinya aku akan mendapat selsema. Bagaimanapun, pagi Rabu pula Tun Dr Mahathir dijadual berucap kepada lebih kurang 100 blogger dan penulis. Jadi, mau tak mahu, aku terpaksa mengheret tubuh lesu ini ke Putrajaya untuk membuat rakaman video majlis tersebut.

Sebahagian besar tengah hari Rabu hingga ke awal pagi Khamis dihabis untuk menyiapkan video itu. Setelah habis memasukkan 21 bahagian video tersebut ke laman web Malaysia-Today, aku terus rebah dikatil and tidur dengan nyenyaknya. Aku bangun lewat petang untuk mengemaskini laman web dan kemudian kembali tidur. Terkilan jugak kerana aku terpaksa mengorbankan malam Khamis untuk melakukan semua ini.

Ekoran jadual yang begitu sibuk, sememangnya aku berada dalam mood yang kurang baik hari ini – apa lagi dengan batuk, bersin, hidung berair dan terpaksa miss malam Khamis. Dan apabila mood aku sebegini aku tidak akan menulis benda-benda yang elok. Aku akan bantai dan bantai dengan kuat. Dan hari ini aku nak bantai orang Melayu kerana bodoh sangat.

Isu yang begitu menaikkan darah aku ialah berhubung Wee Meng Chee, pelajar Malaysia di Taiwan yang mengolah-semula lagu Kebangsaan kepada format rap. Aku sebenarnya telah menonton video tersebut dan mendapati ia agak kreatif. Tapi jangan salah anggap, aku sememangnya tidak menyetujui atau menyokong perlakuannya itu. Aku kagum akan kepintaran seseorang pencuri intan-belian – dan dia aku kira dia pencuri intan-berlian terbaik di dunia.Tiada siapa dapat menyekatnya dan setakat ini dia tidak pernah hampir tertangkap. Bagaimanapun, walaupun pintar, dia masih seorang pencuri, tidak lebih daripada itu. Hanya yang perlu diperkatakan ialah dia yang terbaik dan sepatutnya dipuji.

Situasi yang sama juga membabitkan Meng Chee. Dia begitu pintar dan kreatif dan aku seharusnya mengakui usahanya mengolah-balik lagu Kebangsaan adalah sesuatu yang diaggap pandai. Bagaimanapun, dia tidak menyedari yang apa yang dilakukannya adalah sesuatu yang terlarang. Ia dua isu berlainan. Casanova mungkin boleh dinggap sebagai anugerah Tuhan kepada kaum wanita, tetapi walau apa sekali pun, dia masih seorang penzina dan apa yang dilakukannya adalah berdosa.

Yang aku memandang berat bukanlah sama ada Meng Chee melakukan sesuatu yang terlarang (walaupun pandai), tetapi sama ada semua mereka yang marah akan perlakuannya pernah melihat video tersebut. Ia sama seperti rusuhan-rusuhan yang berlaku di negara-negara Islam apabila kartun atau karikatur Nabi Muhammad mula muncul. Ramai yang merusuh dan ada juga yang mati dalam rusuhan-rusuhan itu tanpa melihat sendiri kartun dan karikatur berkenaan. Mereka hanya mendengarnya dan terus merusuh berdasarkan apa yang didengar, lantaran membunuh atau terbunuh.

Nazri, Azalina dan ramai lagi dalam UMNO dan Kabinet mahukan 'kepala' Meng Chee. Tetapi berapa ramaikah di antara mereka yang benar-benar menonton video Meng Chee itu? Apakah mereka memberikan reaksi berdasarkan apa yang didengar daripada orang lain atau apakah berdasarkan reaksi apabila sendiri menontonnya? Ia sama dengan Menteri dan pemimpin UMNO yang naik berang apabila artikel aku pada 11 Julai 2007 yang dikatakan telah memalukan Yang DiPertuan Agong dan Islam selain mengapi-apikan kebencian kaum. Jadi, apakah mereka semua hanya mengulangi dakwaan-dakwaan tersebut dan menggesa supaya tindakan diambil tehadap aku, Malaysia-Today, dan kesemua penulis blog, amnya.

Tetapi artikel yang manakah yang mereka maksudkan? Aku tidak menulis sebarang artikel pada 11 Julai 2007. Aku menulis pada 8 Julai 2007 dan sekali lagi pada 13 Julai 2007. Oleh itu, artikel manakah yang dimaksudkan oleh kesemua Menteri dan pemimpin UMNO itu? Itulah. Kalau kata Melayu bodoh, marah. Tapi kalau dah bodoh apa nak kata lagi? Bodoh tetap bodoh.

Situasi yang sama juga berlaku dengan video Meng Chee. Berapa ramaikah di antara yang mahu tindakan diambil ke atasnya menonton video tersebut? Dan bahagian mana video itu yang mereka menganggap sebagai salah? Kalau nak cakap sekurang-kurangnya tengok dulu baru bercakap. Orang bodoh saja yang bercakap sebelum siasat betul-betul.

Ok, perkara berikutnya. Orang-orang Melayu yang begitu pandai ini menjerit , berteriak dan berbuih mulut mempertahankan Islam Hadhari. Apakah Islam Hadhari? Apakah ia satu bentuk Islam yang bertentangan dan berbeza daripada Islam tradisional? Jika itu yang dimaksudkan aku sendiri ingin menolak Islam Hadhari kerana aku hanya mahu mengikuti Islam yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad kepada dunia. Tetapi jika Islam Hadhari sama dengan Islam yang dibawa oleh Nabi kita itu, aku sudi menerimanya.

Menurut Islam 'tradisional', terdapat beberapa undang-undang seperti Syariah, Qisas, Hudud dan lain-lain. Pada dasarnya, Hudud menguruskan perkara-perkara yang membabitkan tujuh jenayah serius dan apa bentuk hukuman yang perlu. Kita ambil satu daripada jenayah yang dimaksudkan, contohnya pemberontakan bersenjata menentang negara. Hukuman bagi jenayah itu amat berat. Bagaimanapun, jika seseorang itu meletakkan senjata, menyerah diri dan selanjutnya berikrar setia kepada negara, dia akan diampunkan. Di dalam Islam, konflik tidak seharusnya di panjangkan terhadap mereka yang telah berhenti memberontak. Hakikat ni terbukti dengan mengambil contoh Sayidina Ali Khalifah Keempat.

Dalam hal ini sememangnya kita berbicara tentang pemberontakan terhadap negara. Ini sememangnya penderhakaan. Ada yang menganggap pengolahan-semula lagu Kebangsaan sama seperti penderhakaan. Tetapi tahap serius pengolahan itu tidak mungkin melebihi pemberontakan bersenjata. Pemberontakan bersenjata membabitkan kehilangan nyawa dan harta-benda. Pengolahan-semula lagu Kebangsaan pula tidak membabitkan kematian atau kerugian harta-benda.

Hei, bukan aku yang membuat undang-undang ini. Tuhan yang membuatnya. Sekuran-kurangnya inilah apa yang sepatutnya dipercayai oleh orang Muslim. Jadi kalau ada yang tidak berasa senang, buatlah aduan kepada Tuhan apabila bertemu denganNya kelak. Dan percayalah, kau akan meninggalkan dunia ini dan berjumpa dengan mana-mana Pencipta yang kau mempercayai. Aku hanya mengingatkan semua Muslimin mengenai apa yang diajar oleh agama Islam. Islam berkata memang wujud Hudud – satu rang perundangan yang wajib. Islam yang mengatakan ini. Bukan aku. Dan apakah implikasinya jika kau menolak undang-undang Tuhan? Aku tak tahu. Bagaimanapun, para ulama berkata ini akan menjadikan kau kufur. Dan menurut ulama lagi, kufur mermaksud kafir. Dan erti kafir adalah mereka yang menolak dan enggan menyerah. Seorang Muslim ialah seorang yang menyerah dan seorang kafir ialah seorang yang menolak. Ini dikatakan oleh ulama-ulama dan aku tidak berani mengatakan yang para ulama itu telah hilang akal walhal mereka sepatutnya pakar dalam soal ini.

Jadi, soalan aku sekarang ialah: apakah Menteri-Menteri dan pemimpin UMNO mengatasi Tuhan? Apakah golongan yang mengaku diri sebagai Muslimin ini menolak apa yang telah diperintah oleh Tuhan? Tuhan berkata mereka yang memberontak menentang negara dan kemudian meletakkan senjata perlu diampuni. Bagaimanpun, Menteri dan pemimpin UMNO pula berkata mereka tidak akan mengampunkan seseorang yang telah mengolahkan semula lagu Kebangsaan, belum lagi seseorang yang melancarkan pemberontakan bersenjata terhadap negara. Apakah ini menjadikan Menteri dan pemimpin UMNO lebih tinggi daripada Tuhan?

Mungkin Wee Meng Chee telah melakukan satu kesalahan. Aku tidak akan menafikannya ataupun merestui tindakan tersebut. Apa yang kita perlu bertanya sekarang ialah sama ada apa yang dilakukannya begitu buruk hinggakan dia tidaak boleh dimaafkan? Islam yang dipimpin Nabi Muhammad berkata di bawah undang-undang Hudud yang paling serius (di mana Muslim dan bukan Muslim menolak kerana alasan mereka Hudud terlalu kejam), seseorang yang melancarkan pemberontakan menentang negara boleh diberi keampunan apabila dia meletakkan senjata dan berikrar setia kepada negaranya. Ini, menurut Islam, ialah apa yang diperturunkan oleh Tuhan. Dan siapakah kita untuk mengeluarkan arahan lain dan melaksanakan undang-undang yang melebihi Tuhan?

Orang Melayu bikin tak serupa cakap and cakap tak serupa bikin. Jika mereka mempercayai yang seseorang telah menghina Islam, orang Melayu akan menjadi lebih marah walaupun ini hanya satu tanggapan, walhal realitinya orang itu tidak pun menghina Islam. Orang Melayu mendakwa mereka bersedia mati utuk Islam dan akan mempertahankan kedaulatan Islam hingga ke titisan darah terakhir. Yelah tu, dan aku juga boleh mengatakan yang aku ini ayah saudara monyet. Tetapi orang Melayu ini jugalah yang tidak tahu apakah undang-undang yang diperturunkan Tuhan dan lantaran dengan senang hati mengada-adakan undang-undang dan peraturan sendiri bagi memenuhi keperluan politik mereka.

Kenapa PAS begitu sepi kini? PAS yang menggelar dirinya Parti Islam Malaysia, menjerit dan berteriak mengenai Hudud.Disebabkan inilah keseluruhan barisan campuran parti pembangkang menjadi kucar-kacir dan memperoleh keputusan yanag menyedihkan pada Pilihanraya Umum 2004. Kita memberitahu orang PAS supaya menutup mulut. Kita memberitahu mereka bahawa Hudud tidak dapat diterima oleh orang Muslim, apatah lagi bukan Muslim. Tetapi ini tidak dipedulikan oleh PAS. Tidak! Mereka mengatakan Hudud ialah undang-undang Tuhan dan mereka akan menegakkannya walaupun barisan gabungan pembangkang dimusnahkan dan pembangkang tersungkur pada pilihan raya umum. Akhirnya pembangkang betul-betul tersungkur pada 2004. Dan apakah PAS mengambil peduli hal ini? Tidak! Mereka hanya pentingkan Hudud.

Sekarang apa dah jadi dengan Hudud yang diperjuang dan dipertahankan PAS itu? Para pemimpin PAS berbuih di mulut seperti anjing gila, menjerit-jerit mengenai Hudud. Mengapa kita tidak lagi mendenegar PAS menjerit sekarang? Bukan saja tidak menjerit, mendengus pun tidak. Bukankah pemberontakan terhadap negara di antara tujuh kesalahan serius di bawah undang-undang Hudud? Bukankah undang-undang Hudud menggariskan bahawa apabila seseorang itu meletakkan senjata dan bertaubat dia sepatutnya diampunkan? Apakah jenayah yang dilakukan Meng Chee lebih teruk daripada pemberontakan bersenjata? Jika kita boleh mengampunkan seseorang yang telah melancarkan pemberontakan bersenjata kenapa pulak kita tidak dapat memaafkan seseorang yang mengolah-semula lagu Kebangsaan?

Hello...PAS!Kenapa diam sangat? PAS juga bikin tak serupa cakap and cakap tak serupa bikin.

Okay, sementara kita menunggu jawapan dari PAS, satu lagi perkara yang aku ingin timbulkan ialah bagaimana UMNO telah dengan pintarnya menggunakan isu lagu Kebangsaan bagi menarik perhatian orang ramai daripada isu-isu lebih serius yang menghantui negara. Serentak isu lagu Kebangsaan bermula, 20 orang mati dalam kemalangan bas sementara 29 lagi mengalami kecederaan serius. Kini telah terbukti syarikat bas berkenaan mempunyai 100 saman. Bagaimana pemandu bas, bas dan syarikat bas itu masih dibenarkan beroperasi? Menurut polis kesemua ini adalah disebabkan rasuah di pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ya, polis menuduh JPJ rasuah . Yang nyata, pada masa yang sama seorang pengarah JPJ diberkas kerana rasuah ketika berada di sebuah bilik hotel bersama teman wanitanya. Ttapi tidak seorang pun bercakap tentang hal ini.Meng Chee lebih penting. Lebih kurang 10,000 orang mati di jalanraya Malaysia setiap tahun kerana JPJ terlalu korup. Tetapi ini bukanlah satu isu. Lagu kebanagsaan dan seorang pelajar Cina di Taiwan lebih penting berbanding 10,000 nyawa rakyat Malaysia setiap tahun. Hello...PAS...dimana kau? Tidur lagi ke?

Seorang bekas Ketua Polis negara (KPN) berkata jika berpandukan cara hidup saja, hampir 40% pegawai polis boleh dianggap korup. Seorang bekas KPN memberitahu saya sekiranya mereka mahu membersihkan Polis DiRaja Malaysia, 90% anggota polis perlu dibuang kerja. Ini dijelaskan oleh seorang bekas KPN dan Timbalan KPN. Ini bukan saya yang kata. Mereka yang berkata demikian. Hello...rakyat Malaysia...pemimpin UMNO...PAS...kenapa diam sangat? Apakah ini tidak membimbangkan? Apakah Meng Chee lebih penting daripada ini?

Ya, apakah Meng Chee menjadi mangsa? Apakah mereka ingin mengaburi mata kita semua hinggakan kita tidak dapat melihat apa yang sebenarnya berlaku? Apakah 'krisis' Meng Chee ditimbulkan sebagai alasan bagi mengaburi mata rakyat Malaysia dan menarik perhatian mereka daripada isu-isu lebih nyata? Malaysia menghadapi masalah. Kita dihadapkan dengan masalah-masalah yang lebih serius. Negara kita dikendalikan secara auto-pilot. Kita mempunyai kerajaan yang terlalu korup. Kita mempunyai pemimpin yang hanya manis mulut tentang Islam dan tidak mahu benar-benar berkhidmat untuk Islam. Mereka tidak tahu pun apa itu Islam sebenarnya . Dan mereka yang tidak pernah memonton video Meng Chee mahukan darahnya. Perkara yang remeh ini dimainkan sepenuh-penuhnya supaya rakyat Malaysia akan menumpukan perhatian kepada isu ini dan bukan yang lebih serius.

Ok, meng Chee tersilap. Tetapi dia telah memohon maaf. Terima sajalah permohonan maafnya dan marilah kita melupakan ini dan maju ke hadapan. Jika dia melakukannya lagi kita dapatkan telurnya. Dan biarlah ini dijadikan pengajaran kepada semua rakyat Malaysia agar tidak melakukan yang sama. Dan sekarang apa kata kita kembali kepada isu-isu yang lebih penting? Negara kelam-kabut. Kerajaan kelam-kabut. UMNO kelam-kabut. Pembangkang kelam-kabut. Menghukum Meng Chee tidak akan merubah kesemua ini. Dan apabila difikirkan, apa yang dilagukan oleh Meng Chee dalam videonya itu tidak jauh daripada kebenaran.

Komen Blogger:

Berpandukan penulisannya di atas, terbukti Raja Petra jelas tidak mengerti kepentingan kedaulatan negara dan agama. Walaupun memang benar sebelum memberikan reaksi terhadap apa-apa isu sensitif kita perlu menyiasat habis-habisan, tetapi ada kalanya bukti terlalu ketara untuk diketepikan.

Jika menurutnya ada banyak perkara lebih penting selain isu video Meng Chee, apakah kita harus melupakan apa jua jenayah atau langkauan moral?

Jelas Raja Petra sebagai seorang yang mengaku dirinya begitu handal tidak mampu meneliti isu-isu dalam konteksnya sendiri selain meggabungkan semua dalam satu kategori.

Tuesday, August 14, 2007

Sekali lagi UMNO Dicadang Tubuh 'Pemuda Hulubalang'

Dipetik dari blog Publius Melayu


Kelmarin akhbar alternatif online Malaysiakini menyiarkan berita Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menyaran penubuhan kumpulan 'Pemuda Hulubalang.' Menurut beliau cadangan itu ialah bagi khusus mempertahankan UMNO daripada tohmahan negatif dan memperjelaskan dasar kerajaan di peringkat akar umbi.

Saya berpendapat niat serta motif Adnan murni kerana begitu banyak tohmahan yang tersiar di blog-blog SOPO (sosial-politik) serta laman berita alternatif yang tidak terjawab. Ketiadaan usaha mantap bagi menjawab segala tohmahan tersebut memberi kesan mendalam kerana tanpa disedari intipati isu yang sama ada sengaja diwujudkan kini mudah sampai ke pengetahuan pembaca luar bandar.

Walaupun ramai di kalangan pemimpin UMNO yakin segala berita negatif itu tidak mungkin dapat diketemukan dengan sebahagian besar penduduk luar bandar, namun realitinya berbezaa sekali. Ini kerana walaupun blog internet agak payah melangkau jurang perbezaan digital di luar bandar, namun berita-berita tersebut tersebut masih dapat disampaikan menerusi cara lain, antaranya menerusi usaha mencetak semula sebagai kompilasi buletin atau menerusi salinan fotokopi.

Seperkara lagi, sebelum barisan hulubalang ini diwujudkan, UMNO perlu melihat kepada keberkesanan pasukan itu sendiri. Persoalan seperti apakah mereka petah menjawab secara rasional dan bijaksana berdasarkan fakta atau apakah mereka akan mendedahkan diri dan parti kepada lebih banyak tohmahan berikutan pembidasan yang cetek dan tidak berintelek?

Menangani propaganda daripada kumpulan anarkis dan aktivis di internet adalah sesuatu yang amat digalakkan, tetapi pendekatan paling sesuai amatlah perlu. UMNO mempunyai landasan yang tidak kurang selari dengan falsafah yang terkandung di dalam Perlembagaan negara serta 'kontrak sosial', oleh itu apa jua tindakan diambil untuk mempertahankana secara positif keutuhan negara adalah baik.

Bagaimanapun, apabila sebahagian besar daripada anggota barisan pembidas UMNO yang berjuang di internet tidak mampu menangani segala tuduhan terhadap UMNO, bangsa Melayu dan kerajaan, maka strategi itu semakin memburukkan keadaan.

Di kalangan aktivis dan anarkis pembangkang di internet bukanlah ramai yang mengutarakan pendapat-pendapat yang bernas. Sebahagian besar daripadanya adalah komen cetek dan tidak berintelek yang tidak disokong fakta terperinci. Dalam pada itu jika ada tohmahan terselit diatara posting artikel oleh cendiakawan bersayap kiri, ia begitu mudah dipercayai oleh para pembaca walaupun fakta sebenar dilacurkan.

Oleh yang demikian diharap UMNO dan kerajaan lebih berhati-hatilah dalam menangani isu ini.

Monday, August 6, 2007

TIADA DISKRIMINASI DI MALAYSIA (JIKA MEMAHAMI KONTEKS SEBENAR)

Saya terpanggil untuk mengutarakan secebis renungan yang disuarakan oleh seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina tidak lama dulu. Dia bukanlah calang-calang Cina. Dia seorang yang terpelajar dan merupakan seorang usahawan dan industrialis yang berjaya dengan barisan syarikat di serata dunia. Menurutnya, semua kejayaan adalah disebabkan polisi kerajaan Malaysia yang mengamalkan apa yang begitu popular disebutkan sebagai 'diskriminasi positif'.

Dia begitu yakin Malaysia telah menemui satu penyelesaian praktikal kepada masalah-masalah berhubung pembahagian kaum/ekonomi. Dia berasa bertuah kerana dibesarkan sebagai seorang rakyat Malaysia.

Kini kita sudah mencapai 50 tahun kemerdekaan dan dalam pada itu DEB pun telah lama mengorak langkah, walaupun pencapaiannya masih di tahap yang boleh dipersoalkan pelbagai pihak. Tetapi itu tidak relevan dalam memperkatakan soal 'diskriminasi positif' daripada kaca mata usahawan Cina ini.

Dan sepanjang 50 tahun yang agak selari dengan rentak dan irama DEB, sekiranya terdapat andaian bahawa kerajaan telah membinasakan ekonomi atau perhubungan kaum, sudah tentu usahawan Cina tersebut tidak akan berasa begitu bertuah. Menurutnya, yang penting ialah kerajaan telah berjaya menrealisasikan apa yang dicita tanpa kerugian besar.

Usahawan Cina ini juga membanding dan menilai kehidupan orang Cina dan India yang berhijrah ke negara lain dengan mereka yang kekal di Malaysia. Ini saja,padanya, sudah cukup untuk mencetuskan rasa terima kasih berada di negara ini dan bukan di negara lain. Bagi kaum Cina, ambilah iktibar daripada nasib yang menimpa pelarian Vietnam (Boat People) yang majoriti berketurunan Cina. Mereka terpaksa melarikan diri dari Vietnam; Perhatikan juga Cambodia, di mana ribuan orang Cina dibunuh dengan kejam ataupun diusir keluar; Perhatikan Indonesia, dengan pembunuhan dan pengusiran kaum Cina; Perhatikan Filipina, di mana begitu lama kaum Cina dikecuali dan dipiggirkan darpada mendapat kerakyatan. Juga lihat saja pada Thailand di mana kaum Cina dikatakan tidak dimangsakan oleh diskriminasi kasar – ini kerana mereka telah diserapkan ke dalam masyarakat Thai, lantaran menghapuskan identiti Cina mereka.

Sunday, August 5, 2007

Inikah Yang Dikatakan Kebebasan Tanpa Batasan?


Renungkanlah clip video ini yang seolah-olah 'memparodikan' lagu kebangsaan negara, 'Negaraku'. Banyak tafsiran boleh dibuat sekiranya video tersebut diteliti daripada pelbagai perspektif.

Bagaimanapun, pada asasnya jika diteliti klip video itu dalam konteks negara berbilang kaum seperti Malaysia, ia boleh dianggap sebagai sesuatu yang kurang sopan dan tidak sensitif. Komen dalam lagu yang mengkiaskan azan subuh sebagai satu-satu elemen sinis berupa satu innuendo yang begitu terbuka kepada interpretasi di bawah Akta Hasutan.

Justeru pemaparan video itu di laman video YouTube untuk tontonan dunia seolah-olah menceminkan niat penciptanya untuk memburukkan hampir keseluruhan komponen kehidupan di Malaysia. Komen-komen yang menyusul di ruangan komen di bawah tetingkap klip video itu pula membawa pelbagai reaksi – ada yang melahirkan kemarahan dan ada yang menyokong apa yang dianggap sesuatu pengkaryaan yang begitu kreatif. Bagi mereka yang tergolong di dalam kumpulan yang menyokong video klip itu, alasan mereka sememangnya tidak lain daripada 'demi kebebasan ekspresi' tanpa batasan.Mereka memberikan komen-komen mengiyakan segala 'tohmahan' di dalam video tersebut.

Dalam mendebatkan isu kebebasan ekspresi seperti ini banyak yang boleh diperkatakan, tetapi hakikatnya ia sesuatu yang amat sensitif dan boleh mendatangkan mudarat. Hak untuk bersuara dan berekspresi dijamin Perlembagaan, tetapi ramai yang melihatnya secara kasar tanpa melihat kepada 'spirit' dan falsafah perundangan itu sendiri yang tidak mungkin akan diperturunkan secara lisan dalam dokumen tulang-belakang kenegaraan itu. Bagaimanapun, yang anehnya, Perlembagaan hanya dilihat dari perspektif dan kaca mata individu yang sering kali mentafsirkannya tanpa had – had yang perlu dimengertikan dalam konteks masyarakat pelbagai kaum, budaya dan agama di Malaysia.

Bagi mereka yang mepersoalkan hak undang-undang Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap pengkarya 'subversif' itu, mereka dengan mudah cuba mendapatkan perlindungan di atas dasar kesempadanan (territoriality) di mana kononnya pihak yang memiliki laman YouTube berpangkalan di luar jurisdiksi Malaysia, justeru tiada apa-apa yang boleh dilakukan.

Ini adalah pandangan yang salah kerana kini telah ada precedent di mana pihak pemilik laman-laman web rangkaian sosial seperti Yahoo! Google dan sebagainya boleh diminta bekerjasama untuk menangani penyalah-gunaan alam maya pada laman-laman milik mereka. Tanggung-jawab sebegini kini dilihat sebagai antara elemen penting konsep dunia tanpa sempadan yang dilaungkan oleh ramai pihak, termasuk anarkis dan aktivis sosio-politik yang berpemikiran sempit.

The Malays: The Host

The Malays are the host. No two ways about it. The Chinese and Indians came to this land as guests. Both came in so large a number that it is no wonder the word 'annexation' had been used of them.

Indeed, it could be said that the Malays allowed the Chinese to pitch their tents and, thence, ended up taking possession of their land. Still, if the Chinese ended up as coolies, there might not have been much problem. But instead the Chinese prospered and came to dominate the mainstream of Malaysian life – in business, in the professions, in the universities as well as occupying all the major towns.

The Malays should not have allowed such a situation to go unchallenged: their pride and honour would not allow it. Malay esteem would require that, having rid themselves of the British colonial masters, they wrested economic powers from the Chinese.

That is how the Malays felt and will continue to feel. That feeling came a long time ago. Whatever arguments the Chinese chose to defend the legitimacy of their position – citizen's rights, democratic practice – will not alter this view, for it is fortified by emotion, self-esteem and also need.

The Chinese ought to ask themselves, "If the Malays had come to occupy India and China in a similar manner, how do you imagine the Indians and Chinese would feel?How would they have responded to these intruders?What would they have done?".

The Malay bid for economic parity is not only natural but just. Any people in their position would , if they could, do what they are doing now. By acknowledging this, the Chinese will find it easier to understand and accept the Malays' claim to a reasonable share of the economy and their efforts to regain their pride; and when the Chinese reflect on the immigrant experience in other countries, they will be persuaded that it is also in their interest to do so.

Jeff Ooi : A Stooge of Corrupt Western Democratic Nations

Infamous blogger Jeff Ooi of Screenshots is now a stalwart of the DAP. With his long-expected cross-over to the opposition stable he did not hesitate to set his sights hard on a Parliamentary seat, no less. With his political designs firmly entrenched within the brittle and gullible constituencies of Kelana Jaya or Serdang in Selangor, it would come as no surprise to see his puppeteers going on an overdrive.

Why puppeteers, you say? And who? Well, the seemingly noble platform of the Frederich Naumann Foundation, of course. Gullibility aside, try to look beyond that very telling veneer of honour, which that German-based foundation had somehow managed to plant in the simplistic minds of many an opposition anarchists who surreptitiously crawl through the dark labyrinth of blogosphere – a virtual frontier that they jealously guard as their own, never mind that it is a new dimension open to anyone to be used for good or bad.

The Frederich Naumann Foundation (FNF) is well-known in its unrelenting support for the likes of Dato Seri Anwar Ibrahim and the Parti Keadilan Rakyat. On the surface of it all, the motive of this German-Christian organisation is to help 'democratise' Malaysia and free it from the claws of presumed unfathomable depth of corruption- as though the west is completely beyond reproach when it comes to such a scourge.

No, no harm in it being a Christian-based body, but a closer examination of its activities will reveal a lot about elements of subversion to rip assunder the fragile fabric of Malaysian society for the sake of western domination of the region. Think about it!

Sunday, July 29, 2007

Demokrasi kita cuba digugat BA: Anwar dedahkan dia akan menjemput campurtangan asing.

Dato Seri Anwar ibrahim dalam ceramah konvensyen BERSIH di Dewan Perhimpunan Cina, Selangor pada 20 Julai menyebut bahawa beliau sedang berusaha berunding dengan Jimmy Carter (bekas Presiden Amerika Syarikat) untuk membawa Carter Center memantau Pilihan Raya Umum di Malaysia.

Anwar berkata pada bulan lepas beliau telah dijemput oleh duta-duta asing untuk membentangkan bukti-bukti tentang kepincangan pilihan raya di Malaysia. Beliau telah serahkan satu dokumen lengkap mengenai bukti-bukti penyelewengan Malaysia kepada setiap duta asing itu.

Anwar juga menyebut beliau akan menggunakan semua media antarabangsa termasuk Al-Jaazera, BBC, CNN dan Bloomberg bagi mendedahkan kepincangan demokrasi di Malaysia.

Program itu yang dianjurkan oleh BERSIH diketuai Syed Shahril (MTUC) dengan kerjasama DAP, PAS dan PKR. Turut berucap Lim Guan Eng (DAP), Haji Hadi Awang (PAS) dan Dato Seri Anwar Ibrahim (PKR). Pengerusi Majlis ialah Mohmamad Sabu (PAS).