Thursday, July 3, 2008

Kekalutan menangani isu remeh menyebabkan tanggung-jawab ‘diketepikan...’

Dalam kesibukan isu dakwaan liwat yang mendorong pelbagai mulut celupar bersubahat menjatuhkan aib individu-individu yang akhirnya pasti akan bertemu Maha Esa untuk diadili, ramai yang tidak menyedari kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Liow Tiong Lai yang menuding jari kepada kelemahan serta sikap sombong dan bongkak UMNO semasa pilihan raya umum ke 12 sebagai punca MCA kalah teruk.

Liow yang mahukan MCA segera menilai cara pemikiran supaya menjadi lebih relevan dalam lanskap politik yang berubah-rubah kini seterusnya berkata UMNO dan MIC juga perlu berbuat demikian demi untuk meneruskan perjuangan BN sebagai gabungan parti yang dominan.

Liow berkata memandangkan UMNO dan MIC terus dipimpin oleh orang yang sama membayangkan proses perubahan yang digesanya itu akan mengambil masa yang lebih lama atau mungkin tidak akan berlaku langsung.

Ketua Pemuda MCA itu melahirkan kebimbangan kerana dikala perhatian tertumpu kepada pelbagai isu-isu yang menyimpang, Anwar dan Raja Petra diberikan fokus maksimum oleh suratkahabr dan TV.


 

No comments: