Dipetik dari blog wefada
Baru-baru ini Bilik Gerakan Peti Undi Barisan Nasional Jalan Maarof P121/000/02 telah "dilawati" oleh seorang pemuda bernama "Lim" yang tidak mahu memberi butiran lanjut identiti dirinya dengan membawa cetakan artikel dari Laman Web Malaysia Kini.
Ketika ditanya samada dia sudah mendaftar , Lim menjawab "sudah" walaupun digesa menunjukkan bukti tersebut. Nyata sekali Lim rupanya seorang "pengecut" kerana takut mengenalkan diri sendiri. Dia yang mungkin dihantar dan dipergunakan oleh pihak tertentu, mahukan kepastian dari petugas di situ mengenai tulisan artikel yang bertarikh 21 Feb 2008 yang jelas sekali sekadar mahu mencetus provokasi di kalangan rakyat dan penduduk Lembah Pantai . Setelah diasak oleh petugas IT Puteri UMNO mengenai identitinya Lim akhirnya beredar begitu saja.
Dengan berfikiran cetek, Lim mempercayai tulisan berkenaan yang dengan jelas memanipulasi fakta dan berbentuk provokasi serta hasutan. Walaupun petugas berulang-kali menggesa Lim bertanya sendiri kepada penulis artikel itu akan bukti-bukti pertuduhan terhadap Dato' Sri Shahrizat, sebaliknya Lim meminta pihak petugas Bilik Gerakan BN pula memberikan bukti itu, dengan membebel Dato' Sri menyalah guna duit ibu-bapanya (cukailah tu)…itupun kalau benar ibu-bapanya ada membayar cukai…
Dengan dangkal, "Lim" menuduh Dato Sri memancing undi dengan memberi T-shirt dan topi di musim Pilihanraya…Jika inilah modal pembangkang, alangkah malangnya pengundi yang memilih mereka nanti kerana telah ketandusan modal menjatuhkan maruah parti BN serta calonnya.
"Lim" nyata sekali dibutakan oleh penulis tidak bertanggung-jawab meracun fikiran anak muda, dan sadisnya bila disoal pernah melayari laman web Kementerian Wanita beliau menjawab tidak.
Inilah bahananya jika rakyat hanya melayari dan membaca artikel dari perspektif pihak tak bertanggungjawab dan sentiasa tidak berpuas-hati…Mereka akan terus menulis dan menghasut meracuni fikiran pembaca terutama golongan muda yang tidak mendapat pendedahan sebenar peranan kerajaan BN selama ini.
No comments:
New comments are not allowed.