Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, memang menjadi tugasnya untuk melemah dan merosakkan parti pembangkang.
‘Memanglah kerana saya orang UMNO dan tugas saya adalah untuk merosak dan membunuh pembangkang,’’ ujarnya.
Ungkapan seperti ini jelas mencerminkan pemikiran beliau yang tidak matang dalam soal politik. Seharusnya sebagai seorang pemimpin "up and coming" (setidak-tidak pun di kalangan mereka yang menyokongnya), Khairy sepatutnya mencerminkan pendirian/imej lebih diplomatik bagi seorang yang bernaung di bawah sebuah sistem demokrasi berparlimen.
Beliau harus lebih akur bahawa pembangkang amat diperlukan dalam sistem politik sebegini. "Membunuh" pembangkang dikira tidak boleh diterima kerana pembangkang adalah penting dalam sistem "check & balance".
Juga ungkapan beliau bahawa sememang tugasnya untuk melemahkan pembangkang tidak selari dengan minda yang dianggap matang. Ini kerana kalau pembangkang tidak lemah mereka berkemungkinan besar bukan lagi dicop sebagai pembangkang, malahan mungkin telah menjadi parti pemerintah!
Sunday, May 27, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment